Teguran gagal gerak sokongan, data neutral–negatif

DALAM politik, teguran tidak semestinya mencipta sokongan. Adakala ia sekadar bising kerana hendak mencatur kuasa. 

Itulah gambaran awal yang muncul daripada analisis sentimen ke atas komen pengikut Facebook Malaysiakini BM berikutan teguran Exco Wanita Umno, Datuk Nurulhidayah Zahid terhadap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Saleh.

Hantaran itu disiarkan di Facebook Malaysiakini BM pada 29 Disember, jam 1.51 petang. Sebanyak 94 komen dianalisis daripada keseluruhan 117 komen (population), menggunakan 95 peratus confidence level dan 5 peratus margin of error, melalui pendekatan simple random sampling. 

Analisis ini menumpukan kepada tiga kategori sentimen utama iaitu positif, neutral dan negatif, selain pemerhatian terhadap arah perbualan melalui word cloud dan bag of words. 

Analisis memberi tumpuan kepada bagaimana audiens membaca teguran berkenaan iaitu sama ada ia dilihat sebagai pendirian tegas yang wajar disokong atau sekadar drama politik dalaman. 

Data komen menunjukkan reaksi yang tidak memihak, dengan kecenderungan neutral–negatif, sekali gus menimbulkan persoalan keberkesanan teguran itu. 

Neutral (73.68%) dominan menunjukkan majoriti komen berada dalam mod bukan menyokong atau menolak secara jelas. 

Negatif (17.89%) pula nampak ketara, tidak menguasai suasana dan bukan mencerminkan kemarahan melampau. Ia lebih kepada nada sinis dan mempertikai motif teguran

Positif (8.42%) yang agak rendah menunjukkan sokongan terbuka terhadap kenyataan Nurul tidak tidak terbina. 


Word cloud memberitahu bahawa perkataan paling menonjol ialah dia, Akmal, UMNO, presiden, PAS dan Nurul yang menunjukkan menunjukkan perbualan bertumpu kepada siapa dan parti, bukan apa (hujah atau prinsip).

Kata seperti tegur, suruh, keluar, masuk, takut menggambarkan naratif paksaan dan percaturan iaitu isu dibaca sebagai tekanan politik, bukan perbincangan dasar.

Kehadiran kata seperti takutbapak, anak, menandakan sindiran dan keraguan di kalangan mereka yang memberikan komen selari dengan bacaan neutral–negatif.

Walaupun nama Nurul muncul, saiz dan kekerapan relatifnya lebih kecil berbanding Akmal dan parti yang menunjukkan mesej teguran tidak menguasai perbualan.

Untuk bag of words (BoW) pula, perkataan paling kerap muncul ialah “umno” (28), diikuti “dia” (24), “bapak” (22) dan “anak” (18). Ini menunjukkan perbualan menjuruskan kepada ahli politik dan hubungan kuasa kepimpinan. 

BoW memberitahu bahawa arah perbualan beralih daripada mesej teguran Nurul kepada personaliti Akmal dan percaturan kuasa UMNO dan parti

Corak ini menyokong dapatan sentimen neutral–negatif, di mana kebanyakan mereka yang terbabit dalam memberikan komen cenderung mempertikaikan teguran, memerhati dan tanpa sokongan jelas terhadap teguran Nurul terhadap Akmal. 

Dapatan ini wajar dibaca sebagai reaksi awal terhadap hantaran bertajuk "Nurul tegur desakan Akmal berhubung isu kekal atau keluar kerajaan" yang disiarkan di akun Facebook Malaysiakini BM dan bukan mewakili sentimen keseluruhan masyarakat dan ekosistem media sosial.

tamat


Comments