Memahami Naratif Tun Daim: Analisis Sentimen Perbualan Bersama Toh Puan Naimah

ANALISIS sentimen perbualan di antara balu kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Toh Puan Naimah Khalid bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan dalam podcast Keluar Sekejap menunjukkan nada neutral-positif. 

Majoriti kandungan perbualan berkisahkan penerangan dan pembetulan konteks dengan penekanan terhadap tugas allahyarham Daim dalam kerajaan, latar belakang beberapa keputusan penting, gambaran menyeluruh sikap, sifat serta nilai yang dibawa beliau dalam pentadbiran negara.

Bahagian awal perbualan didapati sarat dengan maklumat asas dan pengenalan manakala bahagian tengah memaparkan lebih banyak penjelasan berbentuk positif apabila Toh Puan berkongsi pengalaman peribadi, kisah keluarga dan sumbangan arwah suaminya. 

Elemen negatif yang muncul hanyalah bersifat kontekstual, khususnya ketika menyentuh isu salah faham dan kritikan terhadap allahyarham Daim. Namun, analisis mendapati ia tidak membentuk `mood' negatif keseluruhan, sebaliknya sekadar biasan kepada yang dibincangkan.

Hos program pula mengekalkan nada neutral dengan soalan terarah dan bersifat membuka ruang kepada tetamu untuk memperincikan pandangan manakala Toh Puan kekal tenang, berhati-hati dan lebih menekankan penjelasan daripada emosi.

Secara keseluruhan, analisis menunjukkan bahawa perbualan membantu memperjelaskan sisi sebenar allahyarham Daim dan mengingatkan bahawa sesiapa saja perlu tahu cerita penuh, latar belakang sebelum melakukan penilaian. 


Analisis menunjukkan perbualan ini 83% neutral, 12% positif dan hanya 5% negatif - menandakan nada keseluruhannya tenang dan seimbang. 


Word cloud menunjukkan perkataan paling kerap muncul adalah ‘Daim’, ‘masa’, ‘think’, ‘business’, ‘kata’, ‘Malaysia’ dan ‘UMNO’.

Ia menandakan perbualan banyak menyentuh pandangan allahyarham Daim, perjalanan hidupnya, urusan perniagaan dan politik. 

Topik 1 menunjukkan perbualan banyak menyentuh pandangan (‘think’), hubungan Daim dengan tokoh utama seperti Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir, serta perbandingan keputusan dan situasi politik.


Topik ini menonjolkan kisah perjalanan dan urusan allahyarham Daim, termasuk hal berkaitan perniagaan, tugas rasmi menteri, perjalanan ke luar negara dan tugasnya dalam kerajaan.





Topik ini menjurus kepada cerita Toh Puan, termasuk pandangan beliau terhadap suaminya,  UMNO, situasi yang ‘banyak’ berlaku dan perkara yang beliau dan arwah ‘tahu’ daripada perspektif keluarga.





Topik ini menunjukkan bahagian perbualan yang menekankan penjelasan umum mengenai allahyarham Daim, isu berkaitan ‘Melayu’, tanggungjawab sebagai ‘menteri’, serta konteks masa dan situasi tertentu.



Oleh kerana sumber data adalah daripada Keluar Sekejap yang dimuatkan di YouTube, mari kita lihat data view overtime video ini. 











Mengikut data video oleh vidIQ, jumlah tontonan dalam 24 jam selepas video ini dimuatnaik ke YouTube adalah 74,700. 

Sejumlah 45,780 tontonan diterima video ini dalam 12 jam pertama.  












Sehingga berita ini dimuatnaik pada 22 November 2025, video ini menerima 418,996 tontonan. 



Analisis ini menunjukkan perbualan dalam podcast Keluar Sekejap lebih kepada usaha meluruskan persepsi dan memberi gambaran menyeluruh mengenai siapakah Allahyaham Tun Daim - suami, individu, ahli perniaagaan dan tokoh politik yang pernah memainkan peranan besar dalam pembentukan landskap ekonomi negara.


Tamat


Comments