Klip video berkenaan juga mengajak saya untuk membuat sedikit analisis bertujuan mencari apa sebenarnya topik perbualan mereka yang membuat ulasan di laman Facebook Dr Mahathir bin Mohamad.
Sekurang-kurangnya 6,500 komen diterima ketika analisis ini dilakukan pada 23 November iaitu sehari selepas klip berkenaan dimuat naik pada 12.45 tengah hari.
Daripada 6,500 komen (population size), sekurang-kurangnya 362 komen dipilih secara rawak (simple random sampling) untuk dilakukan analisis. Saiz sampel itu memenuhi syarat margin ralat lima peratus dengan tahap keyakinan 95 peratus.
Keputusannya cukup jelas apabila pasangan berkenaan masih ada ruang yang besar dalam hati mereka yang memberikan ulasan. Daripada 362 ulasan diterima 194 komen atau 53.59 peratus adalah positif manakala 168 ulasan atau 46.41 peratus adakan neutral.
Ramai yang meninggalkan komen seperti:
-
“Both of you look so cute.”
-
“Smart look even aged.”
-
“Love both of you.”
-
“I may not support you politically, but as a human being…”
Komen neutral juga tidak bernadakan sindiran. Malah, lebih kepada pemerhatian seperti nombor plat kereta dan gelagat pasangan berkenaan di dalam klip itu.
Word cloud pula papar gandingan perkataan yang paling kerap muncul di dalam komen terhadap video Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah.
Nada komen amat positif dengan beberapa perkataan dominan seperti 'sweet', `cute', `love', `couple' -menunjukkan komen penghargaan, kasih dan mengagumi pasangan berkenaan.
Terdapat juga komen berunsurkan doa seperti `alhamdulillah', `semoga Allah', `rahmat', `pelihara' - menandakan ramai mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu.
Penceritaan kasih suami isteri juga jelas dilihat menerusi komen seperti `still', `comfortable' `look' `drive' `car' `isteri' `wife', yang menunjukkan ramai memberi perhatian kepada cara Tun Mahathir bertanya “you comfortable?” kepada isterinya, Tun Siti Hasmah.
Bagi saya, klip video ini bukan sekadar rakaman ringkas, ia mencetuskan kembali kenangan terhadap pasangan berkenaan yang lama menjadi sebahagian daripada perjalanan negara.
tamat



Comments
Post a Comment