Kandungan netizen 'kuasai' bilik berita

 SAYA ada kongsi media di Malaysia yang mengalami penyusutan engagement di Facebook mereka menerusi data #socialtracker (1 Jan-31 Dis 2023) dalam satu post di Facebook Saya Munir pada 31 Disember 2023. lik di sini https://bit.ly/47l0Mxa

Kali ini, kita tengok kandungan berita yang mana paling tinggi menerima engagement (1 Jan-31 Dis 2023) bagi setiap media menerusi teknik #contentdrilldown 

Oleh kerana kandungan berita terlampau banyak dan jumlah media juga banyak, saya hanya pilih satu kandungan berita terbaik pada 2023 bagi setiap media mengikut bahasa. 

TOP 5 (CONTENT DRILLDOWN) Bahasa Melayu 

  1. mStar (119,542, 12 Jan 23) Penjual kereta tak sangka video ‘sound’ Mas Idayu kembali viral, nasihat ambil wuduk sebelum jadi juri… “Kalau jumpa saya senyum je”
  2. Buletin TV3 (105,458, 16 Dec 23) POLIS LANGGAR PELAJAR | “Anak saya bukan rempit!” - Bapa Zaharif “Anak saya bukan rempit! Anak saya tak pernah merempit!.. Anak saya cuma buat hal bising sahaja..” – Ayah Zaharif
  3. Sinar Harian (96,745, 17 May 23) Safwa Zamri, 19 yang bergelar hafizah sejak usia 14 tahun menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize dengan mendapat keputusan cemerlang 98 peratus
  4. Utusan Online (94,770, 19 Jun 23) Pelajar cemerlang 11A ‘sebak’ terima lesen memandu percuma #BERITA #NASIONAL #TERKINI #SPM2022
  5. Harian Metro (91,815, 27 Jun 23) Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan apabila menerima cahaya mata pertama di usia 43 tahun selepas menanti selama 15 tahun


TOP 5 (CONTENT DRILLDOWN) Bahasa Inggeris

  1. NST (102,469, 13 Jul 23) #NSTnation Arnie is the only SMK Tun Fuad Stephens student that received CGPA 4.0 #STPM #STPM2022 #Sabah #exam
  2. The Star (41,186, 25 Jan 23) The woman's actions have been praised and commended by the public. 📷: Dunia Haiwan Malaysia
  3. Malaysiakini (13,780, 1 Nov 23) No teammates to offer moral support for Tok Exin during Sukma 2022. 


CONTENT DRILLDOWN Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris  


Komen tertinggi yang diterima terhadap kandungan berita bagi setiap media di akaun Facebook masing-masing 



Daripada top 10 kandungan bagi setiap media yang dilakukan #contentdrilldown, Astro Awani mempunyai 4 kandungan berita politik yang menerima engagement tertinggi sepanjang 2023, Malaysia Gazette (3 berita politik), Sinar Harian (2), MalaysiakiniBM (2), MalaysiaKini (1) 

Selainnya, jenis kandungan berita yang menerima engagement tertinggi bagi setiap media bagaikan sama, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris iaitu hiburan, jenayah dan human interest.













Comments