50.3% orang muda di Tiktok, 22.6% di Facebook

MALAYSIA dianggarkan mempunyai sekurang-kurangnya 33.47 juta pengguna Internet pada Januari 2023. Pengguna media sosial di Malaysia pula adalah 26.80 juta. 




Mengikut data yang diterbitkan oleh Meta pada awal 2023, akaun pengguna Facebook di Malaysia adalah 20.24 juta manakala StatCounter pula memberitahu 65.87% daripada keseluruhan akaun media sosial di Malaysia dikuasai oleh Facebook.



Mengikut data yang dikeluarkan oleh Napoleoncat pada April 2023, pecahan umur di Facebook di Malaysia adalah seperti berikut 

13-17 tahun (5.6%)
18-24 tahun (22.6%)
25-34 tahun (31.6%)
35-44 tahun (19.3%)
45-54 tahun (11%)
55-64 tahun (6.4%)
65+ tahun (3.6%)

Ini pula adalah pecahan mengikut umur untuk pengguna TikTok di Malaysia adalah

18-24 tahun (50.3%)
25-34 tahun (47.1%)
35-44 tahun (1.7%)
45-54 tahun (0.6%)
55+ tahun (0.4%)

Oleh itu, tidak hairanlah Facebook masih menjadi pilihan untuk menyampaikan maklumat kerana saiz pengguna masih lebih besar berbanding Tiktok yang merekodkan 19.30 juta akaun pengguna pada Januari 2023 bagi mereka berusia 18 tahun ke atas.



Munir
Data Journalist

  

Comments