Walanon 1.14 juta, Walaun 3.02 juta

okay, nampak jelas walanon adalah jolokan yang diberikan kepada penyokong ds anwar ibrahim dan walaun pula memang untuk pengikut PAS.

malah, anwar dipetik menerusi satu artikel yang disiarkan di utusan malaysia mahu anak muda jangan jadi pencacai walaun pertahan penyelewengan. berita itu disiarkan pada 24 mei 2023.   

menerusi satu artikel oleh harakah daily bertajuk beza walaun dengan walanon yang disiarkan pada 9 mei 2023, media itu menerangkan bahawa walaun berasal daripada perkataan walak - perkataan arab yang mencerminkan perbuatan kesetiaan terhadap pemimpin.  

bagaimanapun, harahak daily tidak pula menyertakan penjelasan daripada mana datangnya 'un' di hujung perkataan walaun. mungkin walak + malaun = walaun. mengikut dewan bahasa & pustaka, malaun bermakna yang terkutuk.  

tapi, bagi mereka yang tidak tahu atau acah-acah tidak tahu, walaun juga diberikan terhadap posting yang ada kaitan dengan Bersatu dan perikatan nasional (PN). 

oleh itu, apabila sentiment analysis dilakukan ke atas walanon dan walaun, data yang dikumpul mendapati penggunaan walaun dalam ekosistem digital - social media dan internet - amatlah tinggi. kalah walanon. 

terdapat juga kehadiran perkataan walanon dalam posting & mention sekutu pakatan harapan (PH) tapi tidak sehebat walaun. 








walaun merekodkan 3,026,899 estimated social media reach bagi tempoh 21 may - 20 jun 2023 dengan 258,783 non-social reach dalam ekosistem internet. 

sekurang-kurangnya 47% walaun berada dalam ekosistem Facebook diikuti TikTok (27.8%), Twitter (19.4%), videos (3.6%), forums (0.6%), web (0.6%), news (0.5%), Instagram (0.3%) & blogs (0.2%) .




 





walanon pula mencatatkan 1,141,347  estimated social media reach bagi tempoh 21 may - 20 jun 2023 dengan  15,642 non-social reach dalam ekosistem internet. 

sekurang-kurangnya 42.6% walanon dalam Twitter, diikuti TikTok (36.4%), Facebook (18.9%), forums (0.6%), web (0.4%), videos (0.4%), Instagram (0.4%) & blogs (0.2%). 

untuk pembaca blog ini, angka yang dikumpul untuk melihat sentiment bukanlah isyarat parti mana atau gabungan parti mana mempunyai kelebihan dalam pilihan raya 6 negeri.

sentiment analysis ini hanya sekadar untuk melihat populariti penggunaan perkataan walanon dan walaun dalam ekosistem digital. 


Munir Anaam Zuljadan 
Data Journalist

  

Comments