Malaysia Madani positif, Kerajaan Madani negatif

FRASA, keywords dan hashtags mempunyai pengaruh besar dan perlu diberikan perhatian dalam content digital strategy. Apatah lagi, apabila kita hendak memastikan jenis impak melalui frasa, keywords dan hashtags ke atas sentimen dalam ekosistem social media dan laman web. 

Sebagai contoh penggunaan frasa Kerajaan Madani dan Malaysia Madani. 

Frasa yang mana satukah yang banyak merekodkan sentimen positif/negatif dan yang manakah yang paling banyak disebut dalam persekitaran social media dan laman web. 




Mengikut data yang dikumpulkan daripada kedua-dua frasa berkenaan, memang terdapat perbezaan sentimen. 

Sentiment analysis 14 April-14 Mei 2023 mendapati estimated social media reach untuk Kerajaan Madani adalah 931,594 manakala non social reach adalah 1,156,575 dengan 61.2% adalah negative mentions. 

Sentiment analysis 14 April-14 Mei 2023 mendapati estimated social media reach untuk Malaysia Madani adalah 9,335,046 manakala non social reach adalah 2,792,171 dengan 87.5% adalah positive mentions.

Daripada kedua-dua frasa itu, data memberitahu mentions Malaysia Madani banyak dalam persekitaran social media yang memberikan kesan positif manakala Kerajaan Madani yang banyak di laman web memberikan impak negatif. 

Kebanyakan frasa Kerajaan Madani banyak berlegar di Twitter (48.3%), Facebook (17.4%), videos (13%), news (9.6%), Internet (4.5%), Tiktok (4.3%), Instagram (1.3%), forums (1.1%) dan blogs (0.6%). 

Frasa Malaysia Madani pula berada dalam persekitaran Instagram (22.5%), videos (17.2%), Twitter (14.9%), news (14.1%), web (12.4%), Facebook (8.4%), Tiktok (8.2%), blogs (1.7%), forums (0.4%) dan podcasts (0.2%). 

Data yang dikumpulkan memberitahu frasa Malaysia Madani yang dilancarkan pada pertengahan Mac 2023, menguasai persekitaran social media. 

Tapi, frasa Kerajaan Madani yang banyak dikelilingi negative mentions di social media mengancam kedudukan positif Malaysia Madani.

Nampak sama tapi tidak serupa.

Begitulah pentingnya teknik dan strategi frasa, keywords, hashtags dalam digital content strategy, terutama untuk berita. 

Nampak remeh tapi jika bijak menggunakannya ia akan memberikan kesan amat baik manakala mesej dapat disampaikan dan disebarkan dengan lebih berkesan. 

munir/datajournalism

Comments