PADA 31dis 2021 tersebar foto tiga balak di depan rumah yang dikatakan dibawa arus banjir & hari ni, 2jan 2022, foto itu menjadi viral.
Apabila
#reverseimagesearch di google, yandex & bing dilakukan mendapati imej paling awal ada kaitan dengan foto viral itu ditemui pada 27feb 2013
Foto sama itu ditemui dalam khabarkini2.blogspot, bazookapenaka & duniaitu.blogspot & 268 sites lain

daripada komen netizens terhadap posting viral itu kebanyakannya mendakwa sumber foto itu adalah harian metro yang disiarkan pada 2013

oleh itu, bagi tujuan pengesahan foto, metadata image perlu dicari. tapi tak pening sangat kerana ketiga-tiga blogs itu baik nampaknya kerana memberi credit sumber harian metro

tapi, rasanya harian metro tidak lagi menyimpan kandungan digital pada 2013 kerana akan memberi kesan kepada page loading time atau plt

oleh itu, cara lain perlu digunakan untuk mencari metadata image

nampaknya, fakta berita, house style & paragraph flow perlu digunakan sebagai rujukan dan dalam kes ini ia adalah intro berita

ini berikutan kandungan ketiga-tiga blogs itu menggunakan intro yang sama
okay, hanya dua sites boleh digunakan untuk mencari fakta berita iaitu di pressreader & goodreads
tapi pressreader juga tidak menyimpan kandungan berita yang terlalu lama

mujur ada di goodreads yang memaparkan myMetro dengan tajuk 'balak bawa bala', dateline
#rantaupanjang & dimuatnaikkan pada 12.04 tengah hari, pada 27feb 2013
kandungan berita & imej yang masih tersimpan di goodreads sama dengan ketiga-tiga blogs yang jelas melakukan plagiarism
oleh itu, foto yang viral itu memang wujud. tapi penggunaan image itu jauh daripada context asal foto itu, berulang2 yang nampak sangat hendak digunakan sebagai clikbait, copywriting yang menimbulkan keraguan & jelas bertujuan untuk 'wrangling'

ini adalah hasil keputusan reverse image search

google

27feb 2013, muatnaik pada 4.25pm, balak yang membawa bala (khabarkini2.blogspot)

27feb 2013, treler terbabas, kayu balak hentam rumah (bazookapenaka.com.my)

30dis 2014, aktiviti perogolan balak (buasirotak.blogspot)

1jan 2015, akibat kerakusan tangan manusia (barisan7)

7jan 2015, di atas kemusnahan kota bharu (salatusalatin.blogspot)

20aug 2021, sebab kerajaan kedah prihatin, dia bagi sumbang 3 batang kayu balak untuk setiap rakyat (twitter @KroniRakyat)

21aug 2021, Jadi pemimpin politik jangan munafik. Rakyat semakin bijak. Media massa semakin laju. Jgn lupa google earth pun semua blh akses. Laju sgt mulut menjawab tanpa akal dan fakta hanya akan menjatuhkan kalian saja (@sulhan_mohamed)

yandex

19aug 2021, untung orang kedah (twicopy)

bing
USAHLAH kongsi benda2 yang tak ketahuan sumber kerana hanya akan membawa kepada perkara tidak baik

chiao
--> kalau ada sesuatu topik nak dengar & nak tau populariti sesuatu jenama ... boleh ja wasap saya di 019-2931928
Comments
Post a Comment