SAKIT poketku kerana Covid-19 masih terasa. Rezeki pula kejap ada, kejap tak ada sehinggakan tabung pun dah hampir nampak lantai. Ketika baru hendak berlunjur, dapat pula berita Covid-19 di China kian merebak.
Data yang dikeluarkan oleh Statista dan Airfinity cukup meresahkan. Tidak ada satu pun angka yang dipaparkan meyakinkan. Hanya berserah pada Allah SWT agar tidak Covid-19 tidak lagi merobek poketku.
Mengikut Statista, strategi sifar Covid-19 oleh Kerajaan China menyebabkan terdapatnya kenaikan kes pada Disember 2022.
Angka yang dikeluarkan oleh Kerajaan China meragukan kerana tidak selari dengan jumlah kemasukan pesakit di hospital dan daftar kematian.
Statista memberikan perbezaan laporan angka oleh Kerajaan China berbanding prediction analysis model yang dilakukan oleh Airfinity.
Pada 21 Disember 2022, Kerajaan China membekalkan angka kes Covid-19 adalah 5,944 tetapi mengikut prediction analysis Airfinity kes Covid-19 ketika itu adalah 1.0 juta.
Begitu juga dengan kematian. Kerajaan China membekalkan data tiada kematian tetapi Airfinity menyiarkan kematian ketika sudah pun mencecah 5,000.
Graf yang dipaparkan ini disiarkan oleh Airfinity pada 21 Disember 2022 - menggunakan 'trends in regional data'.
Pasukan epidemiologists Airfinity meramalkan kemuncak pertama akan berlaku di wilayah yang aktif dengan jangkitan Covod-19 dan puncak kedua dijangka merebak di beberapa wilayah di China.
Model prediction analysis Airfinity menjangkakan kes boleh mencecah sekitar 3.7 juta sehari pada Januari dan 4.2 juta sehari pada Mac 2023.
Walaupun angka yang dipamerkan adalah prediction analysis, tetapi sakit orang kita jika data dan keadaan di China ini tidak diambil serius.


Comments
Post a Comment