Facebook engagement yang dipaparkan ini bukanlah ukuran kepada siapa antara 12 calon ini akan memenangi kerusi masing-masing dan juga bukan menunjukkan kehadiran pengaruh terhadap parti mana akan membentuk kerajaan baharu.
Pemilihan Facebook adalah kerana platform social media itu masih mendahului pesaingnya sepanjang November 2022.
Mengikut statcounter, penggunaan Facebook di Malaysia merekodkan 77.55% pada November 2022, berbanding 77.22% pada Oktober 2022 dan berbanding Twitter yang merekodkan 9.37% pada Oktober 2022 tapi susut kepada 8.9% pada November 2022.
Data yang dikumpul menggunakan aplikasi khas ini dipanggil social tracker iaitu melihat prestasi akaun social media tertentu yang boleh memberi maklumat terhadap kelakuan pemilik akaun itu menggunakan kandungan bagi menyampaikan sesuatu mesej & engagement (reaction, shares, comment).
klik sini nak tengok Syok tengok Pak Mail, Anwar asyik potong-memotong
Untuk projek ini, kita akan melihat prestasi 12 akaun Facebook ahli politik dan data yang dikumpul adalah daily engagement.
Anwar Ibrahim bermula dengan baik di Facebook. Engagement Facebook Anwar berada di depan pada hari penamaan calon, pada 5 November 2022.
Anwar merekodkan 138,802 enggagement, meningkat +32.2% berbanding 4 Nov 2022.
Ismail Sabri Yaakob pula mencatatkan 109,185 engagement dan melonjak +774.5% manakala KJ pula 59,369 engagement, naik +60.6%.
Hanya Rafizi catat penurunan pada hari penamaan calon daripada 12 calon yang bertanding pada PRU15 ini. Engagement Facebook Rafizi adalah -25% atau susut 9,274 kepada 27,836 berbanding 37,110 pada 4 November 2022.
Muhyiddin pula adalah calon kedua selepas Ismail Sabri yang mencatatkan kenaikan peratusan engagement pada hari penamaan calon. Dia merekodkan kenaikan +226.2% atau +34,112 kepada 49,208.
Ini pula adalah data total engagement Facebook 12 calon sehingga 17 November 2022.
- Anwar menerima 1,335,444 likes
- Ismail Sabri 857,250 likes
- KJ 558,747 likes
- Muhyiddin 528,730 likes
- Rafizi 374,884 likes
- Hadi Awang 177,481
- TZafrul 138,351
- Zahid 89,946
- Dr Mahathir 87,217
- Guan Eng 85,340
- Mat Hassan 72,735
.png)
.png)

.png)
Comments
Post a Comment