STATISTIK yang dihasilkan daripada kajian Ipsos pada 2021 dan diterbitkan pada Januari 2022 memberi gambaran ramai orang Malaysia tidak percayakan kawan dan keluarga yang menyampaikan mereka maklumat mengenai sesuatu berita dan isu politik secara berdepan.
Tapi, ramai orang Malaysia percaya kawan dan keluarga sendiri apabila apabila maklumat yang sama diterima melalui mesej peribadi atau SMS, PM, DM.
Paling best, Malaysia adalah tiga negara paling tinggi selepas Korea Selatan dan Belanda yang tidak percayakan kawan sendiri menyampaikan maklumat secara berdepan daripada daripada 29 negara yang terbabit dalam kajian berkenaan.
Mengikut kajian 34% orang Malaysia tidak percaya sangat/tidak langsung percaya rakan dan keluarga sendiri yang mengatasi 28% orang Malaysia sekurang-kurangnya percaya kepada rakan dan keluarga jika maklumat disampaikan secara berdepan.
Kajian juga memaparkan 36% orang Malaysia sekurang-kurangnya percaya kepada rakan dan keluarga mereka yang mengantar info berita dan politik menerusi mesej peribadi mengatasi 29% yang tidak percaya sangat/tidak langsung percaya.
Oleh itu, tidak hairanlah ramai orang Malaysia mudah terpedaya untuk membantu orang lain yang kononnya rakan mereka yang menghantar pesanan peribadi meminta duit.
Orang Malaysia juga tak percayakan radio, akhbar, magazine dan forum.
Mengikut Ipsos, hasil kajian diperoleh menerusi online yang dilakukan 25 Jun-9 July 2021, ke atas penduduk 29 negara, termasuk Malaysia.
Keputusan mengandungi 21,503 sampel antarabangsa di kalangan dewasa berusia 16-74 bagi kebanyakkan negara dan 18-74 di Canada, Malaysia, South Africa, Turkey dan United States.
Terdapat keputusan tidak membawa kepada 100 atau terdapat pertambahan/pengurangan dalam perbezaan, ia kemungkinan kerana julat tidak memasukkan hasil dapatan 'tidak tahu' bagi menghasilkan kajian ini.

Comments
Post a Comment