Niat mengundi masih sama ke pru15 ni?

SATU hari di meja makan, anak teruna yang belajar di IPT dan baru nak mengundi tiba-tiba tanya: "nak mengundi yang mana?." tengok kebelakangan ini, sini asyik kata sana, kata sini, aku baghuih, hang tak betul. hmmm...betul gak. 

teringin pula di hati nak buat sentiment analysis. nak buat web scraping nak tengok apa orang malaysia ni cakap pasal parti yang nak bertanding pada pru15 ni. apa isu yang mempengaruhi sentiment positif, negatif & neutral. 

tapi, tengah duk cari info, tetiba jumpa statistik yang dibuat oleh statista yang disiarkan pada april 2021 & disiarkan semula pada 5 oktober 2022. 

boleh baca dan tengok stats tu di sini > malaysia: voting behavior  tapi, kena subscribe dan beli data ini. kalau tak mau, boleh aje baca ringkasannya kat sini ja.  


mengikut tinjauan terhadap orang malaysia yang dilakukan pada februari 202, statista dipetik melaporkan 51 peratus responden memberitahu mereka tidak pasti parti politik mana yang akan disokong jika pilihan raya umum diadakan. 

angka itu meningkat berbanding 37 peratus responden mengatakan mereka tidak pasti siapa yang perlu disokong pada disember 2020.

jika trend itu sama pada 2022, bermakna kemungkinan ramai orang malaysia confuse parti mana nak pilih adalah tinggi & tiada parti yang dominan  

tinjauan itu dilakukan di antara 18 disember 2020 dan 21 februari 2021, membabitkan 7,860 responden berusia 18 tahun ke atas. 

soalan yang ditanya adalah 'jika parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum diadakan, parti mana yang anda akan sokong?'.

tinjauan pada disember 2020

  • pn-perikatan nasional 16%
  • bn-barisan nasional 16%
  • ph-pakatan harapan 5%
  • pas 4%
  • tak pasti 37%
  • malas nak jawab 21%
tinjauan pada jan 2021 (pra-pkp)
  • pn-perikatan nasional 19%
  • bn-barisan nasional 15%
  • ph-pakatan harapan 5%
  • pas 4%
  • tak pasti 42%
  • malas nak jawab 13%
tinjauan pada jan 2021 (post-pkp)
  • pn-perikatan nasional 19%
  • bn-barisan nasional 7%
  • ph-pakatan harapan 4%
  • pas 3%
  • tak pasti 48%
  • malas nak jawab 19%
tinjauan pada feb 2021 
  • pn-perikatan nasional 16%
  • bn-barisan nasional 8%
  • ph-pakatan harapan 3%
  • pas 4%
  • tak pasti 51%
  • malas nak jawab 17%
hmmm...

mai tengok sentiment analysis. apa jenis mention yang berlegar di sekeliling keyword pru15, pilihanraya umum ke-15 dan #pru15  




tengok pada carta (biru), kebanyakan mention mengenai pru15 berada dalam sekitar social media. tapi, kebanyakan daripadanya adalah mention negative (carta oren/biru).

estimated social media reach pula adalah 112,091,493 manakala non social reach adalah 28,950,339 & data ini dikumpul di antara 12-21 oktober 2022. 

daripada jumlah mention yang dikumpul, 59.3% berada persekitaran twitter, instagram (26%), videos (5.2%), web (3.1%), facebook (3%), news (3%), blogs (0.6%) dan forums (0.1%). 

jelas kempen yang akan digunakan setiap parti adalah social media & video akan menjadi content pilihan bagi mencapai sasaran. 

BN, PN & PH janganlah melampaui batas apabila berkempen 



 






Comments