Lawa masjid kat Cologne ni kan?

waktu scroll twitter, terjumpa lelaki melaungkan azan. sedap azannya yang buat kali pertama berkumandang di sebuah masjid di cologne,  jerman - memangil umat islam untuk solat jumaat, pada 14 oktober 2022. 

terdetik di hati hendak melihat foto masjid itu. jumpa artikel dalam dailysabah.com mengenai masjid itu dan amat unik sekali senibinanya.


setiausaha agung turkish-islamic union for religious affairs, abdurrahman atasoy dipetik berkata: "inilah tanda muslim berada di rumah." 

cologne adalah bandar terbesar di jerman dan rumah kepada lebih 120,000 muslim iaitu mewakili kira-kira 12% daripada keseluruhan penduduk di bandar itu. 

jerman mempunyai lebih 84 juta penduduk dan penduduk islam di negara itu adalah yang kedua terbesar di eropah barat selepas perancis.  

daripada 4.7 juta penduduk muslim yang ada di jerman, kira-kira tiga juta berasal dari turkeye. 


Comments