Cerita lawak pegawai kanan VVIP

Hari ini saya nak kongsi sikit pasal tahap digital literacy pegawai kanan VVIP. Cerita pasal facebook memory notifications aje pun. Pegawai kanan ni hantar salinan foto daripada memory notifications facebook yang dia terima.  

Salinan itu dihantar kepada rakan sekerja yang dok jaga facebook rasmi VVIP ni. Dia pula ni member saya. Jadi, dia pun beritahu bahawa pegawai itu suruh share balik atau republish kandungan itu. dia dah try macam-macam. Tapi, tak jumpa juga content tu. 

Dia kemudian tanya saya camana nak cari. Camana nak buat???

Yang bawah ni contoh apabila kita dapat memory notifications daripada facebook. 




Saya pun cuba bantu. Ajar dia search. Tak jumpa kata dia. Saya minta dia hantar salinan foto kepada saya dan kemudian saya zoom. Nampak 2017. 

Kemudian, saya guide kawan saya itu untuk tengok creation date atau tarikh facebook rasmi itu dicipta. Dia beritahu creation date/year pada 2018. 

Step cari facebook account creation date 

Klik gambar profile (kiri atas) > settings & privacy > settings > privacy > facebook page information > access page information > personal information > lihat YOUR ACCOUNT CREATION DATE  

Jadi, mana nak ada memory content itu kalau dah tahun publish dan tahun facebook itu aktif pun beza setahun. Sah-sah pegawai tu kongsi content yang dia sibuk suruh cari tu dalam akaun peribadi dia. Adoiiii...letih. 

Tapi, kalau nak cari gak memory itu. camni 

1 klik bugger button kat sebelah gambar profile. camni ni 



2 kemudian scroll bawah & akan jumpa memory. klik memory & anda akan jumpa memory yang sama tarikh. Cth anda berada pada tarkih 10 July 2022. Jadi memory yang akan dipaparkan adalah 10 July 2021, 2020 camtu. 



Teruk betul tahap digital lilteracy pegawai kerajaan ni sebenarnya. Dia sendiri bawa naik content tu di personal account, nak suruh cari kat official account. 

Kakitangan kerajaan yang diharapkan menjaga akaun sosial media rasmi ini sepatutnya dihantar training bukan berlagak macam tahu semua. 

dah...duniya duniya  


  


Comments