Menarik apabila kita tengok apa yang diperkatakan di social media dan web yang ada kaitan dengan JIKA MENANG PRU15.
Social media listening & web monitoring ini dibuat pada di antara 27 dan 30 Oktober 2022. Tiada sentiment negative, positive dan neutral akan diberikan dan hanya sekadar listening.
Kebanyakan perbualan paling popular yang berada disekeliling 'Jika BN menang PRU15' 'Jika PH menang PRU15' & 'Jika PN menang PRU15' adalah berbaur sendirian & ayat pancing undi
Estimated social media reach untuk 'Jika PH menang PRU15' adalah 62,942 manakala non social reach pula adalah 88,636.
Kebanyakan perbualan mengenai 'Jika PH menang PRU15' ini berada dalam ekosistem Twitter dan rungan komen social media - reaksi pengguna social media terhadap sesuatu posting yang mungkin positif/negatif.
Estimated social media reach untuk 'Jika PN menang PRU15' adalah 22,441 manakala non social reach pula adalah 794, 565
Kebanyakan perbualan mengenai 'Jika PH menang PRU15' ini berada dalam ekosistem Twitter dan di laman web. keyword ini amat lemah di social media.
Estimated social media reach untuk 'Jika BN menang PRU15' adalah 648,999 manakala non social reach pula adalah 579, 772. keyword ini kuat di social media.
Kebanyakan perbualan mengenai 'Jika BN menang PRU15' ini berada dalam ekosistem Twitter dan di komen di social media.
Meh tengok apa 10 ayat paling win JIKA PH MENANG PRU15
- Tommy Thomas terselamat jika PH menang PRU15 - Puad Zarkashi #malaysiagazette https://t.co/TpvDjFrZ58
- DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15, kata Saravanan. Free Malaysia Today. 2:29. PRU15: Anwar jawab soal ‘poster boy’ PH. Sinar Harian. 2:27.
- Nuar Berahim janji potong gaji menteri dan kurangkan jumlah menteri jika PH menang PRU15 dan dia jadi PM. Macam pernah dengar je! Asyik recycle benda yg sama je. Oh! baru ingat . . . ini adalah skrip populist recycle yg tlh digunakan Mahathir setelah PH menang PRU14. https://t.co/9P1En519ky
- Thomas terselamat jika PH menang PRU15 – Puad Zarkashi. By. Nizam Zain. -. 27 October 2022. Mohd Puad Zarkashi. KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, ...Tommy Thomas terselamat jika PH menang PRU15 – Puad Zarkashi ... Tommy Thomas terselamat jika PH menang PRU15 – Puad Zarkashi. 27 October
- Tidak terhenti di situ, calon PAN juga dicuri oleh parti bakal PM jika PH menang PRU15... Nik Omar yg khabarnya telah disenaraikan utk bertanding di Kelantan telah dicuri oleh PKR dan dinamakan utk bertanding di bawah tiket PKR mewakili PH... . https://t.co/CHLiC2oXRn
- @BadBoy2662 Kenapa masa PH jd kerajaan dulu benda² macam ni xde? Tu la sebahagian dr punca PH dpt ditumbangkan. Jika PH menang PRU15 ni jgn lg bg muka kpd pemimpin² atau ahli parti lawan tabur fitnah, walaupun mereka seorang MP
- Akan ada pengubahsuaian jika PH menang PRU15. Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) mungkin akan membuat pengubahsuaian dalam Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini jika diberi mandat pada Pi...
- @MalaysiaGazette Puadd tk selamat jika PH menang PRU15...
- Tommy Thomas terselamat jika PH menang PRU15? https://t.co/rFi28RbkrA
- @OfficialSolehin Nope.. jika PH menang PRU15 sapo pun boleh jadi PM asal bkn drpd umeno/BN atau PN. lagi pun setiap calun PH memang berkebolehan, berkelayakan, bermoral dan dipercayai.. MAKA UNDILAH CALUN
Meh tengok apa 10 ayat paling win JIKA BN MENANG PRU15
- Jika BN menang PRU15, semua permohonan penjaja akan diluluskan, kata Ismail Sabri #AWANInews #MalaysiaMemilih https://t.co/3H2E4nUsFg
- Had pegangan ASB naik RM300,000 jika BN menang PRU15. #malaysiagazette #ASB #PRU15 https://t.co/qgXjJAkPhk
- Zahid Hamidi terselamat jika BN menang PRU15 - Rakyat Marhaen. https://twitter.com/malaysiagazette/status/1585602710866468864
- @MalaysiaGazette Pemimpin umno selamat jika BN menang PRU15
- Bajet 2023 akan dibentang semula jika BN menang PRU15 Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjanji akan membentangkan semula Bajet 2023 sekiranya kerajaan yang diterajuinya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti
- Menteri penuh dari Melaka jika BN menang PRU15 – Ab Rauf https://t.co/BWxnynALid https://t.co/92n4va7qvl
- @MalaysiaGazette Najib Razak terselamat jika BN menang PRU15 - Puak Korkashi
- Ini menguatkan lagi spekulasi bahawa Zahid akan jadi PM jika BN menang PRU15. https://twitter.com/mkini_bm/status/1584122580851572737
- RT @SyedAkramin Kenapa tak luluskan sepanjang 31 bulan kau jadi kerajaan? https://t.co/IRxOeEx3zw https://twitter.com/501Awani/status/1583021229853659136 RT @501Awani Jika BN menang PRU15, semua permohonan penjaja akan diluluskan, kata Ismail Sabri #AWANInews #MalaysiaMemilih https://t.co/3H2E4nUsFg
- Lantik 3 TPM jika BN menang PRU15 https://t.co/KDTYoYJu73
Meh tengok apa 10 ayat paling win JIKA PN MENANG PRU15
- Royalti minyak buat Kelantan jika PN menang PRU15 BERITA SEMASA 22 OKTOBER 2022 Pengerusi Perikatan Nasional, Tan ...
- Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memberi bayangan jawatan Menteri Besar Perlis akan disandang oleh calon daripada Pas sekiranya gabungan itu berjaya menawan negeri berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
- PAS akan jadi MB Pahang jika PN menang PRU15
- Muhyiddin kembali jadi PM jika PN menang PRU15
- “Kita akan ambil alih kerajaan Persekutuan dan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-10."
hmmm...kesimpulannya boleh kita buat bahawa kebanyakan perbualan yang ada kaitan dengan PH & BN adalah banyak dikaitkan dengan kluster mahkamah. pasal tommy, najib, zahid. perbualan berlegar di sekeliling PN menang pula ialah royalti minyak untuk kelantan.
mungkin ada perbualan mengenai rakyat. tapi sikit sangat sampai tak dapat mengatasi perbualan berkaitan mahkamah & royalti minyak.
nampaknya BN, PH, PN cuba menerapkan sentimen tertentu supaya pengundi 'membelinya' dan membuat keputusan awal nak pangkah parti mana.
sekurang-kurangnya sebelum tamat pusingan pertama - sebelum penamaan calon, pada 5 november 2022 - parti bertanding mungkin (mungkin) boleh dapat bacaan awal sentimen yang depa bawak tu 'boleh makan cekak ka tak'.

Comments
Post a Comment