Analysis cikgu Fadli Salleh

Cikgu Fadli Salleh viral apabila kerana berkorban menjadi galang ganti untuk menyuarakan kepincangan yang sudah lama berada dalam sistem pendidikan kita. 

Saya sendiri pun dapat melihat sukarnya anak perempuan saya membawa satu beg. Bagai memikul guni beras 10kg. Jadi, saya minta anak saya itu bawa dua beg. 

Tapi, saya menulis ini bukan nak bercerita kisah yang ramai dah tahu. Kisah cikfi Fadli Salleh yang menjadi sebutan di media sosial. 

Saya hanya membentangkan fakta berdasarkan sosial media listening & web monitoring yang dilakukan ke atas frasa/keyword CIKGU MOHD FADLI SALLEH di antara 10-16 Oktober 2022. 


Jika kita melihat carta ini, 66.7% mentions mengenai cikgu Fadli Salleh berlaku di Facebook. Web pula mencatatkan mentions 10.5% manakala news 3.2% menandakan tidak semua newsroom yang memberi perhatian kepada isu cikgu fadli salleh. 

Carta ini memaparkan 68.2% terhadap frasa cikgu Fadli Salleh adalah positif yang kebanyakan mentions itu memaparkan sokongan terhadap perjuangan cikgu ini. 

31,8% adalah negatif dan kebanyakan adalah mention yang kebanyakannya dipengaruhi oleh mention tidak puas hati terhadap menteri pendidkan, kp pendidikan dan kementerian pendidikan. 

Mention bagi frasa cikgu fadli salleh ini mencapai 4,804,800 untuk estimated social media reach manakala hanya 406,434 di non social reach atau web. 

Saya tidak senaraikan mention yang mempengaruhi sentiment positif tapi antara mention yang mempengaruhi sentiment negative bagi frasa cikgu fadli salleh adalah seperti di bawah

Dah viral satu negara baru nak diajak berjumpa. Berbeza sungguh dengan Menteri Pendidikan yang sebelum ini. Belum ada lagi mana-mana menteri pendidikan sepertinya. Turun ke sekolah tanpa protokol menyantuni murid-murid dan guru. Yang membuka pintu rumah untuk guru biasa. Ini ayat dari Cikgu Mohd Fadli Salleh sendiri.

Baru sekarang nak muncul ya. Sebelum ni pergi mana??? Jangan muncul selama-lamanya pun tak apa. Kalau muncul bila nak dekat pilihanraya saja. Sebab nak jadi wira. Dah tak guna. Cikgu Mohd Fadli Salleh tu dah bersuara lama. Lama gila!!! 

xyah jmpa dia lah cikgu Mohd Fadli Salleh buang masa saja... parlimen pun dah bubar... sunyo betul... #JusticeForCikguFadli #sayasokongcikgufadli

Selama Cikgu Mohd Fadli Salleh menyuarakan perkara tersebut di mana kamu & menteri pendidikan semua.. Selama ni tidor gamaknya.. Sebab PRU je.. tertiba bangun dari tidor dan ambil kesah🤦‍️ Kami rakyat yg dah lama sedar dgn org2 mcm kamu yg hanya pa...

Dh dpt surat amaran tatatertib pon its a bad rekod yg akan terpalit dlm buku service pegawai awam... Kesian cikgu2 yg memperjuangkan isu yg di pandang sepi... Kesian cikgu Mohd Fadli Salleh ....

Akar umbinya adalah apa penyelesaian kepada perkara yg dibangkitkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh? Dok kalut nak SIDANGKAN tindakan sewajarnya pada Cikgu Fadli. Isu yg dibangkit oleh Cikgu Fadli tu nak diamkan je ke?????

Mai ni nk habaq wahai Pak Menteri, ambil tindakan isi yg berbangkit bukan bt tindakan pd Cikgu Mohd Fadli Salleh. Sekian pendapat pengganggur yg hina.

Bertindaklah dengan cerdik wahai kementerian pendidikan 


ends


Comments