Penduduk Muslim lebih ramai pada 2060

Ketika saya membelek automated social sentiment analysis tools untuk mengumpul mention sesuatu topik, saya menemui data yang agak menarik mengenai kepadatan penduduk dunia yang dibuat oleh Pew Reseach Centre. 

Menarik kerana penduduk Islam lebih ramai berbanding penduduk yang menganut agama lain & mengatasi Kristian pada 2060 dengan kelebihan kira-kira 32 peratus.  

Ada 38 tahun lagi dari tahun ini, 2022. Tak taulah sempat ke tak sampai ke 2060. Kalau sampai pun umur saya usia saya dah cecah 90 tahun. 

Pew Research Centre sebenarnya memberikan rasional kajian menerusi predictive analysis yang pendekatannya amat terkenal di kalangan data analyst. 

Antara alasan terhadap pertumbuhan itu adalah dipengaruhi faktor berikut

  • Penduduk Muslim ada ramai anak, sesetengah keluarga muslim ada 7 anak
  • Wanita muslim mempunyai purata 2.9 anak, berbanding wanita non-muslim (2.2 hingga 2.6)
  • Kesuburan wanita muslim lebih tinggi berbanding wanita non-muslim
  • Penduduk Muslim mempunyai median umur yang muda iaitu 24 tahun berbanding non-muslim (32)
10 negara yang peratusan penduduk muslim yang tertinggi pada 2021 mengikut World Population Review pula adalah
  1. Maldives 100%
  2. Mauritania - 99.9%
  3. Somalia - 99.8%
  4. Tunisia - 99.8%
  5. Afghanistan - 99.7%
  6. Algeria - 99.7%
  7. Iran - 99.4%
  8. Yemen - 99.2%
  9. Maghribi - 99%
  10. Nigeria - 98.3%
Negara Islam di Asia Tenggara didahului Indonesia yang mempunyai 87% penduduk Islam pada 2021 diikuti Brunei dengan 75.10% manakala Malaysia di tempat ketiga dengan 67%.

Saya Munir
Data Journalism
Digital PR, Sentiment Analysis
HRD Corp Certified Trainer




























Comments